Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Sedekah merupakan satu perbuatan yang mulia dan sangat dituntut. Perbuatan ini juga mendekatkan diri kita kepada perkara-perkara yang lebih positif.
Menerusi satu temubual di podcast OK LETS GO, selebriti Shuk Sahar mendedahkan selebriti dan juga usahawan, Shuib merupakan individu yang gemar bersedekah. Perbuatan Shuib katanya sangat disukainya dan dijadikan contoh.
“Dia setiap pagi dia datang dia akan suruh PA dia pergi beli makanan. Setiap pagi, PA dia tak akan berhenti beli makanan dan akan bagi pada guard-guard dekat TV3.
“Itu amalan dia. Shuib pernah cakap kat aku bila kita bersedekah, kita tak akan jadi miskin sebab sedekah. Banyak benda-benda yang baik dia ajar,” katanya.
Shuib pula menjelaskan perbuatan sedekah itu selalu diamalkan.
“Kadang-kadang hari kalau takde benda(sedekah) tu, rasa pelik,” katanya.
Dalam temubual itu juga, Shuk sempat berseloroh menyatakan Shuib pernah’bersedekah’ padanya dengan jumlah RM 10,000.
Sumber: OKLETSGO