Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Baru-baru ini, Shuib mengejutkan ramai apabila tampil sebagai artis jemputan untuk kumpulan Sarkas di pentas akhir Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4).
Namun, kemunculannya mencetuskan perdebatan apabila isu caruman PERKESO yang pernah membabitkan dirinya dijadikan bahan lawak dalam persembahan tersebut. Ramai mempersoalkan sama ada elemen lawak seperti ini wajar dibawa ke pentas besar.
Isu ini mendapat perhatian luas apabila klip video persembahan itu tular di media sosial. Dalam video berkenaan, Shuib dilihat menggunakan elemen humor berkaitan kontroversi tunggakan caruman PERKESO yang pernah dikenakan terhadapnya dan syarikatnya sebelum ini.
Walaupun persembahan tersebut berjaya memikat hati penonton di studio, ia mengundang reaksi negatif daripada netizen.
Seorang pengguna Twitter menulis, “Shuib ni dah la tak bayar caruman PERKESO, boleh ek buat lawak macam ni. Tak malu ke?”. Komen ini mendapat lebih 30,000 tanda suka, menandakan ramai yang bersetuju dengan pandangan tersebut.
Ada juga yang menyifatkan tindakan Shuib sebagai tidak sensitif terhadap pekerja yang bergantung kepada caruman PERKESO.
“Bab PERKESO ni consider macam welfare pekerja kot, kau buat lawak je. Pure ******!” tulis seorang lagi pengguna.
‘Penonton yang gelak tu patut kena pijak dulu’

‘Mudah terhibur betul rakyat Malaysia ni’

Dalam pada itu, kumpulan Sarkas, yang dianggotai oleh Danial Zaini, Shashic, dan Acap S, tetap dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar 4 dengan persembahan yang dibantu Shuib, membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 beserta trofi.








