Shuib akui hutang perniagaan juta-juta, terharu Mamat nak doakan di Makkah - The Reporter

Shuib akui hutang perniagaan juta-juta, terharu Mamat nak doakan di Makkah

Shuib hutang perniagaan
“Shuib dan Mamat Sepah tetap akrab sebagai sahabat. Mamat berjanji mahu mendoakan Shuib di Makkah, membuatkan Shuib terharu.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Shuib mengakui terharu apabila rakan baiknya, Mamat Sepah berniat untuk mendoakan kesejahteraan dirinya ketika menunaikan umrah pada Aidilfitri ketiga nanti.

Pelawak dan usahawan itu turut mengakui berdepan hutang mencecah puluhan juta ringgit dalam perniagaannya, termasuk dengan beberapa badan kerajaan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan cukai.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 40, menyifatkan situasi itu sebagai cabaran biasa bagi ahli perniagaan, lebih-lebih lagi apabila operasi syarikat semakin besar.

“Inilah risiko dan ujian dalam berniaga. Kalau kecil-kecilan, tak pening sangat, tapi bila dah besar, memang ada cabarannya. Apabila jualan cecah puluhan ribu, kita rasa besar. Kemudian, ratusan ribu, sekarang berjuta-juta ringgit, jadi risikonya pun besar. Tiada niaga juta-juta, risikonya kecil. Kata orang, besar periuk besarlah keraknya,” katanya.

Bagaimanapun, Shuib menegaskan perniagaannya masih berjalan seperti biasa dan tidak menghadapi masalah serius yang boleh menjejaskan operasinya.

“Kalau tersalah urus dan rancang, memang boleh berdepan risiko. Tapi saya okay saja. Ini perkara biasa bagi ahli perniagaan. Baru hebat niaga juta-juta ringgit,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib berasa bersyukur kerana mempunyai sahabat seperti Mamat Sepah atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad, yang sentiasa menyokongnya.

“Inilah sahabat sejati, sentiasa ada waktu susah dan senang. Saya tak terfikir Mamat akan pasang niat nak doakan saya di Makkah. Dia paling rapat dengan saya sekarang. Kami ada banyak projek bersama, termasuk drama dan rakaman single,” katanya.

Sebelum ini, Shuib dan Mamat ditawarkan untuk menunaikan umrah bersama syarikat pelancongan tertentu, namun memilih menarik diri kerana enggan dikaitkan dengan sebarang masalah. Mereka kemudian menerima tawaran baharu daripada agensi berbeza dan dijadualkan berangkat ke Tanah Suci pada Aidilfitri ketiga.

Sumber: Berita Harian, Harian Metro

Total
0
Shares
Total
0
Share