Shamsul Ghau Ghau dedah jual aset & guna wang simpanan RM300K tampung keluarga sepanjang 10 tahun ikuti pengajian Al-Quran - The Reporter

Shamsul Ghau Ghau dedah jual aset & guna wang simpanan RM300K tampung keluarga sepanjang 10 tahun ikuti pengajian Al-Quran

Disebalik lawak dan jenaka yang dilihat melalui lakonan beliau, siapa sangka pendakwah dan juga selebriti Shamsul Ghau Ghau pernah bertugas sebagai anggota polis sebelum terlibat dalam dunia hiburan.

Beliau dilaporkan memegang jawatan itu pada 7 Januari 1990 sehingga 1 Julai 1995.

Shamsul Ghau Ghau atau lebih dikenali sebagai Pak Su mula mencipta nama selepas memenangi pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan terbitan TV3.

Selain aktif berlakon, Shamsul juga dikatakan turut aktif dalam dunia dakwah dan aktiviti keagamaan lain.

Sepanjang tempoh 10 tahun mengikuti aktiviti dakwah, Shamsul mendedahkan terpaksa menggunakan kesemua wang simpanan berjumlah RM300,00 untuk menampung kos sara hidup keluarga dan dalam tempoh itu juga dia turut menjual beberapa aset lain.

“Selama tempoh 10 tahun belajar al-Quran, duit simpanan saya berjumlah RM300,000 habis digunakan.

“Dua buah rumah yang salah satunya kondominium, kereta dan motor turut saya jual. Semua itu untuk tampung keluarga.

“Contohnya sebulan belanja keluarga saya RM5,000 dan kalau setahun dah jadi RM60,000.

“Jadi bayangkan selama 10 tahun tidak terbabit dengan dunia seni, macam mana nak dapat duit. Kenalah guna apa aset yang ada,” katanya.

Tempoh 10 tahun itu juga dia mengambil peluang untuk mempelajari Al-Quran dan kini dia sudah memperoleh sijil tauliah sebagai penceramah. Ujar beliau, sijil berkenaan diambil untuk membuktikan sesiapa sahaja boleh belajar Al-Quran tanpa mengira had umur.

“Saya hilang kerja dan tiada tawaran dalam industri selama 10 tahun. Tempoh itu memang saya gunakan untuk mempelajari al-Quran.

“Saya dapat tawaran belajar al-Quran di Mesir, tapi hasrat itu terpaksa dilupakan kerana anak saya masih belajar dan ada yang ambil Sijil Pelajaran Malaysia.

“Tujuan ambil tauliah bukan nak riyak, tetapi ingin buktikan sesiapa sahaja boleh belajar al-Quran tanpa mengira had umur. Apa yang penting adalah fokus,” katanya.

Sumber: Harian Metro, Brader Filem

Tak nak ketinggalan berita terkini? Sertai kami di Facebook, Instagram, X (Twitter), Telegram, WhatsApp dan Threads!

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!