'Shahida wanita beauty with brain, kaya dengan kebaikan' - Bonda Rozita | The Reporter

‘Shahida wanita beauty with brain, kaya dengan kebaikan’ – Bonda Rozita

Bonda Rozita
Bonda Rozita juga menganggap menantunya sebagai sahabat baik. Gambar: Instagram Bonda Rozita Ibrahim

Isu kontroversi yang berlaku antara pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam dan juga usahawan terkenal, Datin Seri Shahida semakin hangat diperkatakan.

Walaupun Rebecca telah memilih untuk memadam video kenyataan beliau yang membidas Shahida, namun isu berkenaan semakin mendapat perhatian ramai.

Seolah menafikan tuduhan yang dibuat oleh Rebecca, ibu mentua kepada Shahida yang juga merupakan kakak ipar kepada Rebecaa, Bonda Rozita Ibrahim mendedahkan keperibadian menantunya.

Menerusi hantaran di Instagram, Bonda Rozita menyatakan Shahida merupakan menantu yang kaya dengan kebaikan. Beliau juga menyifatkan Shahida bukan sahaja sebagai menantu, malahan dianggap sebagai sahabat baik yang mengetahui semua kisah dukanya.

“Dia sahabat baik saya yang tahu semua kisah duka saya yang anak-anak saya pun tak tahu – saya sorokkan. Hanya Ida saya cerita. Dia wanita terhebat di hati saya.

“Saya pernah jadi menantu, saya tahu pedih dan susahnya masuk dalam keluarga suami. Saya ingin menjadi mertua terbaik pd mereka. Saya patut berterima kasih pada menantu perempuan sebab dia yang melayani anak lelaki saya dalam susah senang.

“Saya sangat membela hak menantu kerana saya tahu kelemahan anak-anak saya,”katanya.

Menantu pilihan yang dihargai

Dalam hantaran berkenaan juga, beliau juga memuji keperibadian seorang lagi menantunya yang dikenali sebagai nama Fiza.

“Mereka ialah anak orang yang perlu dihargai. Menantu pilihan saya Ida dan fiza ialah hadiah termahal saya beri pada anak lelaki kerana mereka sabar bijak kuat itu lah kecantikan mereka

“Dia adalah anugerah Allah yg bernilai dlm kehidupan saya. Itulah menantu. Saat saya jatuh bisnes da emosi hal-hal family Ida dan Fiza selalu setia temankan saya.

“Kami bersahabat baik dan mereka ni staf asalnya. Saya tak berikan mereka kekayaan tapi saya didik dan ajar mereka mencari kekayaan jiwa dan bertahan melalui suami mereka iaitu anak-anak lelaki saya,” tulisnya.

Terdahulu, Rebecca membidas kenyataan Shahida dan menggelarkannya sebagai ‘mak cik bodoh’ gara-gara menegur tindakannya yang gemar berkongsi tentang Bonda Rozita Ibrahim di laman sosial.

Keadaan semakin berlarutan, apabila anak bongsu Bonda, Maryam Nur Amani turut mempertikaikan tuduhan yang dibuat oleh Rebecca.

Related Posts