KAJANG – Seorang lelaki mengalami kerugian hampir RM6,000 setelah dompet miliknya tercicir di Hospital Kajang, setelah kad banknya dibelanjakan oleh seorang wanita yang tidak bertanggungjawab, Khamis lalu.
Difahamkan, mangsa telah membuat laporan polis berhubung kehilangan dompetnya pada hari kejadian, di IPD Kajang. Bagaimanapun, mereka diminta datang semula ke balai untuk memberi bukti transaksi dari bank dan juga kedai emas.
Azhari dan Nur Adibah juga berkesempatan menonton semula rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan seorang wanita bersama suami dan anak perempuan mereka mengunjungi kedai tersebut.
Selesai urusan di kedai tersebut, pasangan berkenaan pergi mengambil bukti transaksi di Maybank, CIMB dan BSN. Menurut pegawai Maybank, terdapat satu transkasi bernilai RM980, namun tidak berjaya kerana amaun pembelian tersebut masih ‘floating’ dan jika bernasib baik, mungkin boleh didapatkan kembali.
Namun, enggan memanjangkan cerita, tambahan badan terasa penat, mangsa hanya mendiamkan diri dan mendapatkan bukti transaksi. Begitu juga dengan pegawai BSN yang didakwanya kurang membantu.
Menurut pegawai berkenaan, bukti yang diberikan oleh mangsa tidak mencukupi dan mangsa diminta datang kembali dan barulah kes akan dibuka.Kecewa dengan jawapan itu, mereka pulang dalam keadaan hampa.
Setibanya di rumah, alangkah terkejutnya mereka apabila saudara suspek telah menghantar SMS yang meminta mereka menarik kembali laporan polis yang telah dibuat.
Memandangkan tiada lagi cara lain untuk mendapatkan keadilan, pasangan terbabit memilih untuk memviralkan kejadian yang menimpa suaminya itu agar pihak berkuasa mengambil tindakan serius terhadap pasangan yang telah mencuri dompet suaminya. – The Reporter