'Seronok dia kikis laki aku' - Isteri dedah suami curang, penyondol siap buat live baring atas paha | The Reporter

‘Seronok dia kikis laki aku’ – Isteri dedah suami curang, penyondol siap buat live baring atas paha

Suami curang dengan penyondol

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang wanita dikenali sebagai Nurul Atiqah telah mendedahkan di laman Facebook mengenai krisis rumah tangganya selepas mendakwa suaminya menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita berinisial NSA, yang dipercayai bekerja di sebuah stesen minyak di Sungai Besar. Wanita itu mendakwa NSA menjadi punca utama kehancuran rumah tangganya.

Dalam hantaran tersebut, Nurul mendakwa NSA telah mengambil kesempatan ke atas suaminya, termasuk mengikis duit suaminya secara berlebihan.

“Dia seronok kikis suami saya, apa dia minta semua dapat. Saya tak halalkan dunia akhirat hak saya dan anak-anak yang diberikan kepada dia,” tulis Nurul.

Nurul turut mendakwa suaminya yang merupakan seorang anggota tentera, mula mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga mereka, termasuk tidak melibatkan anak-anak dalam aktiviti bersama. Sebaliknya, bapa kepada tiga anak itu didakwa banyak menghabiskan masa bersama NSA, malah Nurul mendakwa NSA membuat siaran langsung di TikTok untuk menunjukkan kemesraan mereka.

Difahamkan, Nurul telah bertemu dengan NSA pada November lalu, malangnya perbincangan di antara mereka tidak membuahkan hasil yang positif. Menurutnya, NSA berkeras dengan hubungan itu walaupun mengetahui status perkahwinan suaminya.

“Dia siap mengaku sayang suami saya dan tidak boleh tipu perasaan dia,” ujar Nurul.

Selain itu, Nurul mendakwa NSA pernah mengugut untuk mencederakan diri sendiri sekiranya suaminya memutuskan hubungan dengannya.

“Dia ugut suami saya, katanya nak bunuh diri kalau ditinggalkan,” tambahnya.

Dalam gambar tangkap layar perbualan yang dikongsikan, NSA menegaskan bahawa dia tidak memaksa sesiapa untuk tergila-gilakan dirinya.

“Kau ingat eh aku hamak sangat ke dengan laki orang kalau laki orang tu yang tak tergila-gila kan aku?” tulis NSA.

Kenyataan daripada NSA ini menunjukkan dia mempertahankan dirinya daripada tuduhan yang dilemparkan terhadapny. Bagaimanapun, tangkap layar tersebut turut mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Related Posts