Sering jaga solat di awal waktu, Ebit Lew puji sikap Aisar Khaled | The Reporter

Sering jaga solat di awal waktu, Ebit Lew puji sikap Aisar Khaled

Sumber Gambar: TikTok Ebit Lew

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pendakwah, Ebit Lew memuji sikap pempengaruh Aisar Khaled yang dikatakan sering menjaga solat.

Menerusi perkongsian di TikTok, Ebit Lew memuji Aisar di hadapan beberapa orang gelandangan ketika menyampaikan ceramah.

@ustazebitlew

Allah sayang kita bila kita jaga solat awal waktu dan solat Tahajud. insyaAllah berkat doa dan didikan mak ayah yang baik. Tahniah @aisarkhaledd Umrah @WeTime Travel & Tours 15 – 25 April Umrah Eksklusif 2025 #aisarkhaledd #ebitlew #wetimetravel #umrahwetime

♬ PadaMu Kubersujud – Religi Islam – Afgan

Katanya, semasa pandemik berlaku, Aisar sering solat di awal waktu selain menunaikan solat sunat tahajud.

“Aisar ni jaga solat waktu daripada dulu lagi. Masa zaman COVID, ada program Aisar sembahyang awal, pukul 3 pagi sembahyang tahajud.

“Pukul 3 pagi nangis-nangis berdoa bersama kawan-kawan, bukan calang-calang,” katanya.

Dalam pada itu, Ebit Lew turut menitipkan pesanan kepada semua tentang kepentingan solat.

“Allah sayang kita bila kita jaga solat awal waktu dan solat Tahajud. Insya-Allah berkat doa dan didikan mak ayah yang baik. Tahniah,” katanya.

Turut kelihatan dalam program berkenaan adalah aktivis kemanusiaan yang dikenali sebagai Abe Hae.

Related Posts