'Sepanjang aku mengandung, hari-hari aku doa anak mati dalam perut' - Tular luahan wanita alami tekanan emosi kesusahan hidup, dakwa saudara mula menjauh - The Reporter

‘Sepanjang aku mengandung, hari-hari aku doa anak mati dalam perut’ – Tular luahan wanita alami tekanan emosi kesusahan hidup, dakwa saudara mula menjauh

Gambar dari TIkTok Aifa Azlan

Tekanan perasan satu perkara yang tidak boleh diambil mudah lebih-lebih lagi apabila melibatkan emosi seorang wanita yang baru sahaja melahirkan anak.

Satu hantaran di TikTok tular rakaman suara luahan seorang wanita yang berada dalam keadaan tertekan dengan kesusahan hidupnya sehingga mendorong dirinya terfikir untuk membunuh anak-anaknya.

“Aku ni baru habis pantang, emosi aku, anak aku dengan bermacam ujian. Aku kalau kata nak b#nuh anak aku, aku b#nuh dah. Aku susah sampai Fayyad tu aku bagi minum air suam,” katanya.

Menurut perkongsian itu, pengadu sangat kecewa dengan tingkah laku saudaranya yang melayannya dengan teruk kerana kesusahannya.

Pengadu juga telah dihalau dari rumah sewa pada hari pertama dia melahirkan anaknya. Dia juga mendakwa hanya berpantang dengan nasi bercampur air dan garam.

https://www.tiktok.com/@aifaazlan/video/7274433649334930706?_r=1&_t=8fOVDygWyTi

“Aku dah gila dalam pantang. Aku terseksa. Masa aku senang, aku tolong adik beradik aku.

“Tapi keadaan aku macam ni kena halau dari rumah sewa. Aku sakit dalam pantang, aku tak habis pantang lagi aku pergi buat kerja sebab aku susah gila.

“Aku tak pernah jadi gila macam ni, jangan buat aku jadi gila. Sepanjang aku mengandungkan Fayyad, hari-hari doa dia mati dalam perut. Lepas bersalin, rasa nak bagi dekat orang sebab tak mampu.

“Dulu masa aku tau aku mengandung sangat frust sebab dah ambil perancang tapi mengandung jugak. Hari-hari stress. Aku mengandung tak bercakap dengan orang,” katanya.

Menerusi ruangan komen pula, ada yang menyatakan pengadu meluahkan perasaannya pada rakan terdekat dan suaminya yang bekerja sebagai penghantar makanan tidak mengetahui tekanan yang dialami oleh isterinya.

Sumber: Aifa Azlan

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!