Tidak pernah lekang dengan kontroversi, pempengaruh dan usahawan terkenal Aliff Syukri sekali lagi mengundang kecaman ramai setelah memuat naik satu hantaran mengutuk (face shaming) calon yang datang temuduga di pejabatnya.
Beberapa hari lalu, Aliff Syukri memuat naik iklan mencari calon bagi mengisi kekosongan host TikTok Live. Syarat yang diperlukan adalah seorang perempuan yang pandai bercakap, rajin dan ikhlas bekerja.
“Tak cantik sangat pun tak apa, janji kerja kena rajin. Kalau cantik sangat nanti perangai macam diva.
“Gaji RM2,500-RM3,500,” tulisnya.
Bagaimanapun, syarat yang dinyatakan seolah bertentangan dengan hantaran terbaharunya. Sebaliknya, dia mengutuk dan mengecam personaliti calon yang datang untuk temuduga.
“Yang datang interview kerja, semuanya muka seposen, cukup pakej muka hauk dengan tak lawa.
“Saya menyeru yang cantik sekarang ni yang nak bekerja sebagai host TikTok full time,” katanya.
Di ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan Aliff Syukri yang dilihat seolah menghina individu lain tanpa memikirkan soal sensitiviti. Selain itu, mereka turut menyifatkan Aliff sebagai seorang yang bercakap tidak kena pada garisnya.
Sumber: Aliff Syukri