Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tular luahan seorang wanita di media sosial telah menarik perhatian netizen, apabila dia tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak perempuannya, Nurhany.
Menurut wanita itu, markah subjek sains anaknya telah menurun, walaupun berdasarkan gambar yang dikongsi, Nurhany telah memperoleh lapan A dan tiga B bagi subjek Fizik, Kimia dan Biologi.
“Baru tengok keputusan peperiksaan akhir tahun Nurhany (anak) tadi. Alahai Hany, parah-parah. Semua (markah) subjek sains menurun. Tahun depan dah nak SPM. Time cuti sekolah, suruh pergi tuisyen, tapi tak nak. Tengok semua subjek sains dah drop,” katanya.




Namun, netizen berpendapat ibu Nurhany tersebut tidak bersyukur dengan pencapaian anaknya.
“Susah kan nak uaskan hati seorang yang bergelar ibu? Tak apa dik, saya pun tahu awak dah buat yang terbaik,” kata netizen.
“Sedihnya bila ibu sendiri tak nampak yang kita dah buat sehabis baik untuk dapatkan result yang cemerlang,” tambah netizen lain.
Ada juga yang berpendapat bahawa wanita itu sebenarnya hanya berpura-pura sedih dan mahu meraih pujian dari orang ramai.
“Jenis orang yang begini kita dah boleh faham. Dia acah-acah macam nak condemn sendiri. Padahal dia nak orang puji. Sama seperti spesis yang suka mengatakan dirinya sudah gemuk, tetapi dia sebenarnya nak kau puji dia kurus,” kata netizen.