Selepas tular 'Venom Batik Malaysia', pelukis Indonesia cuba ketengahkan venom versi wayang kulit jawa? | The Reporter

Selepas tular ‘Venom Batik Malaysia’, pelukis Indonesia cuba ketengahkan venom versi wayang kulit jawa?

Sumber Gambar: Is Yuniarto

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini lukisan Arif Rafhan mendapat pujian ramai apabila syarikat Sony Pictures memuat naik gambar lukisan Arif yang menggabungkan seni lukis batik dan watak dalam filem Venom The Last Dance.

Sony Pictures kagum dengan kreativiti yang ditonjolkan oleh pelukis tempatan berkenaan.

Seni yang dihasilkan Arif Rafhan sememangnya tidak dapat disangkal kerana bukan mudah untuk menghasilkan gabungan seni tradisional dengan watak filem yang berunsurkan aksi dan juga superhero.

Melihat karya Arif tular di media sosial, seorang pelukis dari Indonesia juga mula menonjolkan bakatnya.

Pelukis yang dikenali sebagai Is Yuniarto bagaimanapun menggabungkan elemen filem Venom dan lukisan wayang kulit Indonesia.

Menamakan karya beliau sebagai ‘WISA: Tari Pungkasan’, Is Yuniarto turut memetik akaun media sosial filem Venom.

Rata-rata netizen di sana memuji hasil karya yang dibuat, namun ada juga yang mempertikaikan tujuan pelukis berkenaan.

Related Posts