Selangor umum bantuan khas kewangan Aidlifitri buat penjawat awam | The Reporter

Selangor umum bantuan khas kewangan Aidlifitri buat penjawat awam

Gambar hiasan (A.I)

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pemberian bantuan khas kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 akan diberikan kepada penjawat di negeri Selangor.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Bantuan tersebut katanya merangkumi penjawat awam di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor dan penjawat awam persekutuan lantikan tetap yang berkhidmat dalam jabatan di bawah pentadbiran SUK Selangor.

“Bagi pemimpin masyarakat seperti Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), pegawai perhubungan kampung, kampung baru dan ketua komuniti India, Setiausaha MPKK, Penyelia Pusat Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan Penggerak Belia Selangor (PeBS) akan menerima sebulan elaun,” katanya.

Selain itu penggerak masjid seperti nazir, imam rawatib, siak dan bilal untuk semua masjid serta guru rakyat yang berkerja bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula akan menerima bantuan khas RM500.

Amirudin berkata, bantuan khas yang melibatkan implikasi kewangan kira-kira RM45 juta itu akan disalurkan pada 8 April depan.

Tahun lalu, penjawat awam di negeri Selangor turut menerima bantuan khas kewangan tersebut sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000.

Sumber: Astro Awani

Related Posts