Sekumpulan lelaki bertopeng, sumbang 100 ekor ayam percuma di Bukit Bintang dipuji ramai - The Reporter

Sekumpulan lelaki bertopeng, sumbang 100 ekor ayam percuma di Bukit Bintang dipuji ramai

Biasanya dilihat kumpulan atau individu menghulurkan bantuan di lokasi yang mempunyai masyarakat yang berpendapatan rendah. Bantuan ini diharapakn dapat meringankan beban yang ditanggung mereka.

Namun lain pula yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki bertopeng ini. Mereka telah menyumbangkan 100 ayam percuma kepada orang ramai di Bukit Bintang. Seperti sedia maklum, Bukit Bintang merupakan lokasi bagi tumpuan golongan elit.

@xyzteamproject

1st Mission : Bagi 100 ayam free (Halal) next location kami akan update esok

♬ original sound – XYZMISSION – XYZMISSION

Tidak dapat dipastikan motif tindakan mereka. Namun, netizen memuji sikap mereka yang menyumbang ayam secara percuma.

Bagaimanapun, netizen turut meminta sekumpulan lelaki ini yang menggelarkan misi tersebut sebagai XYZMISSION mengedarkan sumbangan tersebut ke kawasan yang lebih memerlukan.

Bukit Bintang merupakan lokasi pertama mereka dan Masjid As-Salam Puchong Perdana sebagai lokasi kedua tumpuan.

“Kami bukan, kami bukan sesiapa. Tujuan kami menubuhkan team ini dalam identiti bertopeng adalah untuk membantu ramai orang tanpa mengenali siapakah kami. Kami tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada anda, cukup mendoakan kami agar murah rezeki.

“Kami juga akan bantu dengan apa yang kami mampu lakukan,” katanya.

Sumber: XYZMISSION

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!