Sekeluarga jalan kaki di tengah panas hantar anak daftar masuk di UMPSA, mengundang rasa sebak - The Reporter

Sekeluarga jalan kaki di tengah panas hantar anak daftar masuk di UMPSA, mengundang rasa sebak

‘Hebatnya kasih ayah dan ibu, teman anak masuk ke UMPSA…’ Itu antara kapsyen yang ditulis oleh pihak UMPSA melalui perkongsian di TikTok yang memaparkan sebuah keluarga berjalan kaki menuju masuk ke perkarangan Universiti Malaysia Pahang Al- Sultan Abdullah (UMPSA) ketika sesi pendaftaran.

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan ibu dan bapa kepada pelajar berkenaan sedang membawa masuk beberapa bagasi ketika cuaca panas terik.

“Dari jauh nampak satu family ni jalan kaki tengah-tengah panas, ingatkan kereta rosak.

“Sedihnya tengok panas-panas ni jalan kaki tolak beg, di saat orang lain naik kereta,” tulis pemilik akaun tersebut.

Difahamkan, keluarga ini datang dari Sarawak dan menaiki bas untuk menghantar anak mereka masuk ke UMPSA.

Melihat situasi itu, pihak universiti segera mendapatkan kenderaan untuk membantu keluarga berkenaan membawa bagasi masuk ke dalam kampus.

Menerusi ruangan komen pula, netizen menyatakan bapa kepada pelajar berkenaan adalah merupakan seorang Guru Besar di sekolah.

“Dia seorang cikgu yang baik dan peramah dengan ibu bapa. Tahniah GB Tahir mempunyai anak yang berjaya,” tulis Razalie Jalie.

Sumber: UMPSA Malaysia

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!