'Sekarang anda tahu perasaan kami' - Sarawak tolak permohonan bantuan Sanusi | The Reporter

‘Sekarang anda tahu perasaan kami’ – Sarawak tolak permohonan bantuan Sanusi

Kerajaan Sarawak menolak rayuan Menteri Besar Kedah, Sanusi Nor, yang meminta pihaknya menanggung sebahagian kos menghantar kontinjen Kedah ke Sukan Malaysia (SUKMA), lapor portal I Love Borneo.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Sanusi berkemungkinan hanya sekadar bergurau apabila mengeluarkan kenyataan tersebut. Ini kerana dari segi kewangan, Kedah dilihat mampu menanggung kos tersebut.

Sebelum ini, Sanusi juga pernah menyatakan hasrat untuk menjadikan Kedah setanding dengan Selangor dari segi pembangunan.

Walau bagaimanapun Karim berkata, isu berkaitan kos sudah lama dihadapi oleh Sabah dan Sarawak apabila terlibat dalam sebarang acara sukan di peringkat kebangsaan yang diadakan di Semenanjung Malaysia.

“Sekarang anda tahu perasaan kami (Sarawak),” katanya.

SUKMA 2024 akan diadakan di Sarawak buat kali ketiga akan bermula 17 hingga 24 Ogos yang membabitkan sembilan bahagian di wilayah itu. Sebanyak 37 jenis sukan dengan 488 acara yang akan disertaikan oleh 12,619 atlet dan pegawai.

Related Posts