Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
PUTRAJAYA – Tulisan pakar hartanah, Dr. Azizul Azli Ahmad, baru-baru ini mengenai rekabentuk rumah-rumah moden di zaman ini yang dikatakan banyak merugikan pembeli, mencetuskan pelbagai reaksi netizen termasuklah pemaju kecil, mahupun besar.
Bagaimanapun, Dr. Azizul memberikan jawapan yang padu kepada individu itu dan sekali gus menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai kepentingan yang lain, selain cuba berkongsi ilmu pada orang ramai agar tidak terperdaya dengan rekabentuk rumah yang moden tetapi merugikan.
Lihatlah sendiri, betapa mereka mengutamakan tembolok sendiri berbanding kesukaran dan kesusahan yang bakal dihadapi oleh pembeli. Rumah-rumah yang rekabentuk moden ini sebenarnya tidak sesuai dengan keadaan cuaca di negara kita yang panas sepanjang tahun. Sebaliknya, ia lebih sesuai dengan negara-negara yang beriklim sejuk.
Sewajarnya kita berterima kasih kepada Dr. Azizul Azli Ahmad yang sudi berkongsikan ilmu asas mengenai rekabentuk rumah secara percuma, agar kita tidak mudah terperdaya dan menanggung rugi sepanjang hayat.












