Sejahtera MADANI kutip RM120 juta, lebih dua kali ganda sasaran asal | The Reporter

Sejahtera MADANI kutip RM120 juta, lebih dua kali ganda sasaran asal

Perdana Menteri bersalaman dengan hadirin dalam satu majlis sambil memakai baju batik bercorak ungu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dan beramah mesra bersama hadirin semasa pelancaran inisiatif Sejahtera MADANI. | Kredit gambar: Pejabat Perdana Menteri / FB Anwar Ibrahim

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Hampir RM120 juta berjaya dikumpul menerusi inisiatif Sejahtera MADANI bagi membantu golongan miskin tegar, sekali gus membuktikan keyakinan tinggi sektor swasta terhadap usaha kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah kutipan itu jauh melepasi sasaran asal RM50 juta yang ditetapkan kerajaan, hasil kerjasama dan sokongan luar biasa daripada pelbagai pihak korporat.

“Melalui inisiatif ini, saya kata kalau dapat RM50 juta pun sudah baik. Tapi sekarang lebih dua kali ganda, hampir RM120 juta. Saya pun rasa agak sentimental sikit,” katanya ketika melancarkan program itu kelmarin.

Beliau turut memaklumkan, sebahagian besar sumbangan bukan hanya berbentuk dana, tetapi turut melibatkan penglibatan aktif pihak swasta dalam menyantuni masyarakat melalui program berfokus.

Baca juga:

Intervensi fokus 4 aspek: Pendapatan, pendidikan, perumahan dan kebajikan

Program Sejahtera MADANI diselaras Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, menyatukan usaha pelbagai kementerian, agensi dan sektor korporat untuk menangani kemiskinan tegar secara holistik.

Empat tumpuan utama inisiatif ini ialah:

  • Pendapatan – meningkatkan keupayaan ekonomi isi rumah.
  • Pendidikan – memastikan akses pendidikan berkualiti.
  • Perumahan – menyediakan kediaman yang selamat dan selesa.
  • Kebajikan – memperkasa jaringan sokongan sosial.

Anwar menegaskan kekuatan sebenar negara bukan hanya pada kepimpinan bebas rasuah, tetapi pada kerjasama erat antara kerajaan dan swasta.

“Negara hebat bermula daripada pimpinan yang elak salah guna kuasa. Tapi ia tak akan berhasil tanpa kekuatan swasta yang menerobos pasaran antarabangsa,” katanya.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Peluncuran Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia MADANI di Kompleks Seri Perdana, 24 Julai, 2025. | Kredit gambar: Sadiq Asyraf/Pejabat Perdana Menteri

Komitmen MADANI: Tamatkan kemiskinan tegar

Anwar turut mengulangi iltizam Kerajaan MADANI untuk menoktahkan kemiskinan tegar dalam masa terdekat, dengan merujuk kepada data 2023–2024 yang menunjukkan jumlah keluarga hardcore poor telah menurun dengan ketara.

“Sasaran saya dan Jemaah Menteri ialah menoktahkan kemiskinan tegar. Angka terkini menunjukkan jumlahnya jauh lebih rendah daripada dahulu,” katanya lagi.

Sumber: Harian Metro

Related Posts