'Sebulan belanja shopping RM300K' - Cik B dedah harga 'ootd' 'head to toe' buat netizen tergamam | The Reporter

‘Sebulan belanja shopping RM300K’ – Cik B dedah harga ‘ootd’ ‘head to toe’ buat netizen tergamam

Sumber Gambar: Tangkap Layar TikTok Radin

Beberapa bulan lalu, anak usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B menjadi perhatian ramai apabila membeli kereta Brabus G63 berharga RM1.7 juta.

Katanya, dia sudah lama mengumpul duit untuk membeli kereta idaman itu.

Sekali lagi Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin menjadi perbualan apabila mendedahkan perbelanjaan bulanannya untuk membeli- belah sekitar RM300,000.

Dalam perkongsian menerusi segmen ‘Pasang Badan’ di TikTok milik penyampai radio, Radin, Cik B menyatakan perbelanjaan bulanan itu tidak lagi memerlukan kebenaran dari ibunya.

@radinamiraffendy

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


PASANG BADAN X @cikb_havoc66 !! Idea asal: @DJ Nazz Video: @zarul zulkifli Editor: @fareeznasir #cikb #cikbhavoc #pasangbadan #kubilangjangandinjangan #takhensemtapimanisnyaada #skibidi

♬ original sound – RAA – RAA

“Sebulan berbelanja RM300,000. Dulu ada minta kebenaran Mama, tapi sekarang sudah tak minta,” katanya.

Menerusi video yang sudah meraih 1.8 juta tontonan itu, Cik B turut mendedahkan nilai bagi setiap pakaian dan aksesorinya.

“Shade beli di Milan, harga dalam RM5,000. Cincin Gucci semua dalam satu set RM 2,000. Jam jenama Omega, RM90,000 dipakai sebab sepadan dengan banyak baju.

“Baju harganya RM900, beli kat luar negara dan baju bahagian dalam pula saya pakai dari jenama Al Hilal sekitar RM600. Seluar pula kawan saya yang buatkan dan berharga RM900.

“Kasut Balenciaga RM7,000 beli di Kuala Lumpur. Kasut Balenciaga dalam 10 ada.

“Beg tangan pula jenama Louis Vuitton berharga RM12,000 yang Mama belikan dan dompet Balenciaga bernilai RM1,000 lebih,” katanya.

Related Posts