Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita tampil mengkritik hantaran Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, yang mengajak rakyat menyertai “Himpunan Turun Anwar” pada 26 Julai ini di ibu negara.
Dalam satu komen balas di Facebook, wanita tersebut memohon agar pemimpin Perikatan Nasional (PN) termasuk Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terlebih dahulu menumpukan perhatian kepada rakyat di kampung-kampung pedalaman, khususnya di kawasan Parlimen yang diwakili mereka.
“Mohon maaf terlebih dahulu YB. Apa kata sebelum turun ke himpunan turun Anwar, kesemua Ahli Parlimen, ADUN PN turun ke setiap kawasan kampung-kampung pedalaman, santuni rakyat miskin, bantu mendengar keluh kesah rakyat,” tulis wanita itu.
Menurutnya, masih ramai rakyat yang hidup dalam keadaan daif, mengharapkan bantuan dan perhatian daripada wakil rakyat. Dia turut menyuarakan harapan agar pemimpin tidak hanya menunggu kesusahan rakyat menjadi tular sebelum turun padang.
“Bantu kami pasangan yang sakit kronik, tidak boleh bekerja, kais pagi makan esok. Ada yang hanya mampu cari rezeki secara dalam talian. Tidak dibantu dengan wang ringgit pun tidak mengapa, asalkan boleh bantu jadi jambatan untuk memohon bantuan dari agensi negeri atau persekutuan,” katanya.

Baca juga:
- Rosol Wahid tidak akan buat rayuan penggantungan BERSATU
- Vijay angkat sumpah Ketua Menteri Tamil Nadu
- Dua ADUN dipecat, empat pemimpin Bersatu digantung keahlian
Wanita itu juga menyeru agar kebajikan rakyat menjadi keutamaan, dan segala tindakan diambil bukan semata-mata atas kepentingan politik.
“Ini cuma cadangan agar kami rakyat miskin tegar ini yakin akan pilihan kami yang terbaik dalam hal kebajikan rakyat,” tegasnya.
Komen tersebut menarik perhatian ramai, mencerminkan suara rakyat yang mahukan wakil rakyat lebih cakna, bukan sekadar muncul dalam perhimpunan politik.








