'Sebab nak ikut trend, ada wanita yang sanggup upload gambar lama dedah aurat di TikTok' - The Reporter

‘Sebab nak ikut trend, ada wanita yang sanggup upload gambar lama dedah aurat di TikTok’

Tular trend terkini di media sosial, di mana netizen berkongsi semula gambar-gambar kenangan lama mereka sekitar tahun 2012.

Difahamkan, trend itu mula menular selepas mereka terpengaruh dengan video yang dimuat naik oleh pempengaruh Ryan Bakery.

Namun, dalam keseronokan mengikuti trend ini, timbul beberapa perkara yang kurang menyenangkan membabitkan aura. Seorang wanita tampil membuat teguran kepada orang ramai khususnya wanita beragama Islam.

Jangan sebar aurat sendiri

“Seronok tengok orang share gambar-gambar lama dia tahun 2012 sebab ikut trend dari pempengaruh buat content tu.

“Macam zaman aku, aku sempatlah follow cara pemakaian tudung Hana Tajima. Style weh, style sangat Hana Tajima time tu. Aku siap kacuk beberapa tudung, panas pun panaslah.

“Tapi dalam keseronokan kita ikut trend, aku nak tegur muslimat. Sekarang kalau korang dah tutup aurat, tapi korang nak keluarkan balik gambar-gambar lama korang dengan niat nak ikut trend, nak tunjuk style rambut, style tudung zaman dulu, baju kecil hanya kerana nak follow trend.. aku rasa better korang delete kalau korang dah pernah post

“Kalau belum post, better tak payahlah post. Ada banyak lagi benda lain yang kita boleh buat content.

“Jangan kita sebarkan aib kita iaitu aurat-aurat kita, yang mana kita dah tutup pun sekarang. Kita ini pula influencer, orang share, download gambar atau video lama kita. Itu dah jadi dosa jariah.

Tegur sebab sayang

“Aku tegur pun sebab sayanglah kan. Muslimat-muslimat yang aku nampak tu semua dah tutup aurat. Tetapi disebabkan ikut trend tu, dia keluarkan balik gambar-gambar di tahun 2012 yang free hair, yang pakai baju kertas. Sedangkan sekarang dia dah menutup aurat dengan sempurna dah.

“Aku tegur je. Kalau rasa tak nak delete tak apa, kalau belum buat better jangan buat,” katanya.

Sememangnya menyeronokkan mengikuti trend di media sosial. Namun penting untuk diingat bahawa, ada banyak cara lain untuk membuat konten yang menarik dan bermakna tanpa perlu mendedahkan aurat kita.

Mari kita bersama-sama menjaga aurat dan menjadi contoh yang baik bagi orang lain, terutama dalam era media sosial ini. Teguran yang diberi adalah dengan niat baik dan harapan agar kita boleh terus berusaha untuk memperbaiki diri kita.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!