'Saya tak terdesak' - Syafiq Dharma dedah pernah ditawar RM1K untuk kerja tak senonoh | The Reporter

‘Saya tak terdesak’ – Syafiq Dharma dedah pernah ditawar RM1K untuk kerja tak senonoh

Syafiq Dharma mendedahkan pernah mendapat tawaran untuk menyewa badannya dengan harga RM1,000.
Gambar: Instagram Syafiq Dharma.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Anak kepada pelakon veteran Dharma Harun, Muhammad Al Syafiq, 36, mendedahkan pernah menerima tawaran tidak senonoh daripada individu tertentu yang kononnya mahu membantunya dari segi kewangan.

Menurut Syafiq, yang juga seorang pelakon dan model sambilan, antara tawaran paling pelik adalah apabila dia ditawarkan bayaran RM1,000 hanya untuk “menyewa badan”.

“Tawaran pelik banyak, salah satunya ada individu yang mahu menyewa badan saya dengan harga RM1,000. Perkara itu saya terima menerusi mesej dalam Instagram.

“Mungkin dia berminat nak sewa badan sebab saya juga merupakan model sambilan dan dalam akaun media sosial saya pastinya ada gambar memaparkan tubuh badan,” katanya.

Namun begitu, Syafiq menegaskan beliau sama sekali tidak akan tergoda dengan bayaran lumayan yang melanggar prinsip agama dan harga diri.

“Nauzubillah.Saya tak terdesak sehingga tahap begitu dan tidak akan sesekali terima sebab masih waras memikirkan soal dosa,” ujarnya.

Baca juga:
Buat pelbagai kerja

Dalam masa sama, Syafiq turut menolak dakwaan sesetengah pihak yang menuduhnya tidak membantu keluarga, terutama selepas ayahnya jatuh sakit akibat kemurungan.

“Pelbagai kerja saya buat, termasuk sebagai pelakon dan barista. Kalau nak suruh saya berjoget depan kamera untuk konten media sosial, tidak akan berlaku sebab saya bukan jenis begitu.

“Buat masa sekarang, saya bekerja pada waktu malam sebagai barista. Lakonan pula bila ada tawaran, saya terima sahaja, kalau boleh nak teruskan legasi ayah,” katanya.

Syafiq sebelum ini pernah menjadi sasaran kecaman netizen yang mempersoalkan sumbangannya terhadap keluarga, khususnya dalam keadaan bapanya yang kini berdepan masalah kesihatan.

Sumber: Kosmo

Related Posts