'Saya tak tahu makan rokok itu salah' - Lelaki Singapura didenda kerana halang penjawat awam jalankan tugas - The Reporter

‘Saya tak tahu makan rokok itu salah’ – Lelaki Singapura didenda kerana halang penjawat awam jalankan tugas

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Lelaki Didenda S$1,000 Kerana Menghalang Pegawai NEA di Hougang

Seorang lelaki berusia 53 tahun, Ramamoorthy Reddiar a/l Jayaraman, 53, didenda S$1,000 (RM3,421) oleh mahkamah Singapura semalam kerana menghalang Pegawai Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) menjalankan tugas, dalam kejadian yang berlaku pada 18 Mac lalu di Blok 515, Hougang Avenue 10, kira-kira jam 8.40 malam,

Mengikut pertuduhan di mahkamah, Ramamoorthy terdahulu sedang minum bir bersendirian dan didatangi oleh seorang remaja yang tidak dikenali untuk merokok tidak jauh daripadanya, walaupun terdapat papan tanda ‘Dilarang Merokok’.

Pada jam 9 malam, dua pegawai NEA tiba di kawasan itu untuk menjalani pemantauan dan mendapati remaja itu sedang merokok.

Salah seorang pegawai kemudian meminta maklumat peribadinya. Tetapi remaja itu kelihatan panik dan enggan memberi kerjasama.

Ketika itu, Ramamoorthy meminta remaja tersebut menyerahkan rokok kepadanya. Setelah diberi, Ramamoorthy terus memasukkan rokok itu ke dalam mulut dan ditelan. Dalam masa sama dia menggesa remaja itu segera melarikan diri.

Ramamoorthy mengaku tindakannya itu adalah spontan kerana mahu membantu remaja itu mengelakkan dari mendapat rekod buruk.

Di mahkamah, Ramamoorthy mengaku bersalah dan memohon dikenakan hukuman lebih ringan kerana dia adalah pencari nafkah tunggal dalam keluarganya. Dia turut meminta pasportnya dikembalikan agar dia dapat melawat neneknya di Kuala Lumpur.

“Saya tak tahu makan rokok adalah satu kesalahan di Singapura,” katanya.

Bagaimanapun, hakim menjelaskan Ramamoorthy bukan didakwa kerana makan rokok, tetapi kerana menghalang Pegawai NEA menjalankan tugas.

Ramamoorthy kemudian didenda S$1,000 dan dia membayar denda tersebut.

Sumber: CNA

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!