'Saya tak sengaja Yang Arif' - Penoreh getah dakwa tak sengaja rogol anak kandung | The Reporter

‘Saya tak sengaja Yang Arif’ – Penoreh getah dakwa tak sengaja rogol anak kandung

Kredit foto: Sinar Harian

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang penoreh getah didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas dua pertuduhan merogol anak kandungnya sendiri di Kuala Krai, Ahad lalu.

Bagaimanapun, tertuduh berusia 44 tahun itu membuat pengakuan tidak bersalah dan memberi alasan tidak sengaja berbuat demikian terhadap mangsa berusia 14 tahun.

Tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap mangsa yang sama pada tarikh, masa dan di tempat yang sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bapa kepada tiga anak itu memohon dibenarkan ikat jamin dengan alasan tidak sengaja melakukan perbuatan terkutuk itu.

Namun, Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri membantah jaminan berkenaan kerana tertuduh melakukan kesalahan yang serius, apatah lagi mangsa adalah anak kandungnya sendiri.

Tertuduh kemudian tidak dibenarkan diikat jamin dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 28 Ogos.

Sumber: Harian Metro (Nor Fazlina Adul Rahim)

Related Posts