‘Saya tak sangka mereka jadi begini’ - Mamat berharap dapat satukan kembali Jep & Shuib - The Reporter

‘Saya tak sangka mereka jadi begini’ – Mamat berharap dapat satukan kembali Jep & Shuib

Naiknya bersama dalam industri hiburan. Menempa nama dari pentas komedi sehingga berjaya merangkul pelbagai pencapaian sama ada dalam industri mahupun peribadi.

Tetapi hanya disebabkan beberapa perkara kecil, trio kumpulan Sepah berpecah. Satu demi satu membawa haluan masing-masing. Sedangkan Fauziah Nawi yang menjadi juri ketika itu pernah berpesan kepada mereka untuk tidak berpecah.

Meskipun Mamat yang dahulunya telah pergi, kini telah kembali semula. Tetapi rakan seperjuangan, Shuib mengangkat kaki disebabkan tidak berpuas hati dengan layanan pihak tertentu.

Mamat atau Mohd Nor Murad, mengakui dirinya terpanggil untuk menjernihkan semula keadaan dengan menyatukan dua sahabatnya, Shuib dan Jep yang hubungannya sudah lama dingin.

“Saya kumpulkan Jep dan Shuib pada sekitar 2018. Ditakdirkan kami menang dan kemudian menjadi juara lagi. Dari hidup susah, ada yang sudah ke tahap jutawan, jadi orang penting.

“Saya pun tak sangka terjadinya isu sebegini dan soal perpecahan berbangkit. Secara peribadi memang saya mahu satukan mereka. Tetapi bukan dalam keadaan sekarang ketika masing-masing sedang sibuk.

“Saya pun suka dapat duduk sekali dengan mereka. Sambil mengenang kisah lampau kami, bergelak ketawa, bukan bercerita hal kerja.

“Rindu memang rindu sebab Sepah adalah kumpulan terbaik yang saya ada. Cuma untuk duduk bertiga, saya minta doakan saja. Dapat minum kopi bersama-sama pun dah cukup,” katanya memetik laporan daripada Kosmo! Online.

Hubungan Jep dan Shuib mula renggang sejak insiden parut kelapa

Kes Jep dan Shuib mula hangat diperkatakan semula selepas netizen menyedari Jep tidak hadir ke majlis pernikahan Shuib dan Watie. Apabila ditanya oleh netizen, Jep menjawab dia tidak dijemput ke majlis tersebut.

Sebelum ini, hubungan persahabatan Jep dan Shuib mula berantakan selepas Shuib tidak lagi menyertai program Sepahtu Reunion dipercayai berpunca daripada babak Shuib memarut kelapa menggunakan mesin sehingga menimbulkan salah faham orang ramai. Akibat daripada itu, Shuib digantung daripada program itu selama dua minggu.

Keengganan Shuib untuk kembali ke program itu menyebabkan Jep mula tawar hati dan memilih untuk meneruskan saja program tv itu tanpa kehadiran Shuib.

Tidak beberapa lama selepas Jep mengeluarkan kenyataan itu, ibu kepada Shuib pula tampil menjelaskan punca sebenar anaknya enggan kembali ke program tersebut.

Menurut Salamiah Jalani, Shuib tidak berminat lagi untuk bersama program itu kerana ditindas dan dilayan seperti orang yang tidak bermaruah.

Sumber: Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!