Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
KUALA LUMPUR – Dalam perkembangan terkini, mangsa menerima 13 jahitan di belakang kepala yang bermula dari bawah telinga kiri hingga ke leher. Mangsa yang berusia 25 tahun tidak menyangka dia akan dibelasah begitu teruk.
“Saya tidak berdendam walaupun mereka tergamak membelasah saya sedemikian rupa. Biarlah polis melakukan kerja mereka. Saya pun bukan siapa-siapa, hanya pemuda yang mencari rezeki dengan memandu lori,” katanya memetik laporan dari Harian Metro.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya telah menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes tersebut. Malah beliau menafikan seorang VIP terlibat dalam kejadian itu.
![]() |
| Foto – Harian Metro |
Susulan kes itu juga, geng pemandu lori juga dilaporkan mula ‘memburu’ kereta mewah tersebut.
Antara kawasan yang dipantau oleh geng-geng pemandu lori adalah Kinrara, Jalan Genting-Klang, Jalan Chepor, Ipoh, Ampang, Melaka, Johor, Jeram, Sungai Buloh dan beberapa kawasan yang lain.
Susulan kes dipukul bodyguard dato, tular WWC8908 diburu netizen.
#MatiLaNak
Posted by Kelab Info Malaysia on Friday, 20 January 2017
Menurut pihak berkenaan, tindakan itu diambil kerana apa yang berlaku pada mangsa adalah tidak wajar dan munasabah. Masalah yang timbul hanya masalah kecil dan tidak perlu melibatkan pertumpahan darah. Selain itu juga, ia sebagai tanda sokongan kepada mangsa. – The Reporter













