'Saya tak ada kawan, nak nyanyi sendiri' - Wanita kongsi gadis beli muffin nak celebrate birthday sendiri | The Reporter

‘Saya tak ada kawan, nak nyanyi sendiri’ – Wanita kongsi gadis beli muffin nak celebrate birthday sendiri

Sumber Gambar: Tangkap Layar TikTok ellisyayusoff_

Kebiasaannya sambutan hari lahir diraikan bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.

Namun, kisah sedih seorang gadis yang dikongsikan oleh wanita ini membuatkan netizen turut bersimpati.

https://www.tiktok.com/@ellisyayusoff_/video/7433154273673874696?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7432116421754652181

Kongsinya, seorang gadis datang ke kedai untuk membeli muffin. Kemudiannya, dia mahu membeli pemetik api.

“Ada satu budak cina ni datang beli muffin, lepas tu dia nak beli lighter, aku tanya untuk apa?

“Dia cakap hari ni hari jadi dia. Aku tak jual lighter tu kat dia tapi aku bakarkan untuk dia,” katanya.

Katanya, bila dia mula nyalakan lilin tu, dia berasa sedih bila dapat tahu gadis tu tidak mempunyai kawan untuk sambut hari lahir bersama-sama.

“Dia cakap tak ada kawan, saya nak bakar dan nyanyi sendiri. Sumpah sedih,” katanya.

Sumber: TikTok ellisyayusoff_

Related Posts