'Saya tahu bila tarikh Kerajaan Perpaduan tumbang' - Kata Sanusi, tapi tak nak beritahu - The Reporter

‘Saya tahu bila tarikh Kerajaan Perpaduan tumbang’ – Kata Sanusi, tapi tak nak beritahu

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, semalam mengesahkan adanya gerakan untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan. Beliau menegaskan bahawa peralihan sokongan yang bakal berlaku adalah mengikut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Sanusi meramalkan bahawa kerajaan ini tidak akan bertahan sehingga habis penggal.

“Mereka akan tumbang. Saya tahu bila tarikh Kerajaan Perpaduan tumbang tetapi tidak boleh beritahu kepada umum,” katanya.

Beliau juga mendakwa bahawa menteri-menteri kerajaan sedang menggelupur dan usaha untuk menukar kerajaan mendapat sokongan daripada majoriti rakyat.

“Bila kita lemparkan perkara ini dalam kalangan orang ramai, tidak ada yang membantah. Hanya seorang dua yang akan hilang kuasa sahaja yang gusar. Tetapi rakyat menyambutnya dengan baik,” katanya.

Namun, Sanusi menambah Langkah Dubai hanya satu ‘dummy’ sahaja.

“Saya kata agak-agak sahaja, takkan semua perkara nak ke Dubai, bincang. Kalau bincang di Chow Kit, jadi Langkah Chow Kit sebab di Kuala Lumpur,” katanya.

GPS kekal teguh bersama Kerajaan Perpaduan

Dua hari lalu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengulangi pendirian kekal teguh memastikan Kerajaan Perpaduan kekal dan tidak berminat menyertai ‘Langkah Dubai’. Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, GPS akan terus menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga tamat penggal.

Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga mengesahkan menerima laporan risikan berkaitan isu ini. Pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa isu ini tidak memberi kesan sebaliknya Kerajaan Perpaduan kekal dengan sokongan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sebelum ini menyifatkan drama ‘Langkah Dubai’ tidak memberi kesan kepada kestabilan Kerajaan Perpaduan dan kekal fokus menerajui agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

Sumber: Astro Awani

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!