'Saya minta maaf' - Wanita Palestin akui tertekan tak dapat hubungi anaknya di Gaza | The Reporter

‘Saya minta maaf’ – Wanita Palestin akui tertekan tak dapat hubungi anaknya di Gaza

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang wanita Palestin yang tular di media sosial kerana membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur baru-baru ini, telah tampil memohon maaf secara terbuka.

Aminah Muhammad Nafi’ Jamal Abd Rabbah menyatakan rasa kesal dan penyesalan atas tindakannya itu.

Dalam video permohonan maaf yang dimuat naik di TikTok, Aminah menjelaskan bahawa tindakannya berpunca daripada tekanan emosi kerana tidak dapat berhubung dengan anaknya yang masih berada di Gaza selama seminggu.

https://www.tiktok.com/@tahreergh/video/7422302414751010066

“Saya minta maaf dan sangat menyesal dengan apa yang saya lakukan. Kami sedang melalui situasi yang sangat sulit yang hanya Allah SWT sahaja tahu. Saya seorang ibu kepada tiga anak yang syahid,” katanya.

Aminah turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas layanan baik yang diberikan kepada mereka.

“Serius kamu adalah orang baik, murah hati dan menghormati orang. Saya berterima kasih kerana menerima dan melayan kami dengan baik,” tambahnya.

Aminah adalah antara 127 rakyat Palestin yang dibawa ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan akibat peperangan dengan rejim Zionis. Kejadian kekecohan itu berlaku kerana kekecewaan selepas tidak diizinkan untuk menginap di luar Wisma Transit Kuala Lumpur.

Related Posts