'Saya maafkan, tapi ada jumlah perlu dibayar' - Shuib maafkan John Dihani yang fitnah dia terlibat dengan agenda Freemason - The Reporter

‘Saya maafkan, tapi ada jumlah perlu dibayar’ – Shuib maafkan John Dihani yang fitnah dia terlibat dengan agenda Freemason

Shuib, John Dihani

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pelawak terkenal, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, telah menyelesaikan kes fitnah yang melibatkan dia dan arwah isteriya, Siti Sarah Raissuddin.

Kes fitnah yang berlanjutan sudah hampir lima bulan itu akhirnya mencapai jalan penyelesaiannya hari ini.

Sebelum ini, John Dihani, individu yang melemparkan fitnah & dakwaan yang tidak berasas terhadap Shuib. Antara dakwaan yang dibuat adalah Shuib terlibat dengan agenda Freemason dan mendakwa Siti Sarah dipaksa untuk ditidurkan ketika dijangkiti Covid-19 sebelum meninggal dunia.

Walaupun John telah membuat permohonan maaf, namun sudah terlambat. Shuib memilih untuk menyelesaikan kes itu ke mahkamah.

Bagaimanapun dalam hantarannya di Instagram hari ini, Shuib dengan semangat ikhsan dan profesionalisme mengambil keputusan untuk memaafkan lelaki itu.

“Alhamdulillah hari ni 10 Januari 2024, selesai sudah kes fitnah terhadap diri saya dan arwah @sitisarahraissuddin. Hampir 5 bulan dan hari ni semuanya telah pun terjawab.

“Fitnah kamu, John Dihani, adalah langsung tak berasas dan tak masuk akal! Tetapi atas dasar ikhsan dan profesional, saya maafkan kamu dan halalkan segala fitnah terhadap saya, katanya.

Walaupun begitu, John tetap perlu membayar saman yang tidak didedahkan oleh Shuib. Hasil duit saman tersebut juga akan disalurkan ke Tabung Palestin di bawah Yayasan Nurjiwa.

Dia berharap apa yang berlaku itu akan menjadi pengajaran kepada semua agar lebih berhati-hati dan tidak menabur fitnah di media sosial tanpa usul periksa.

“jangan suka-suka menabur fitnah tanpa usul periksa. Jangan jadikan fitnah satu perkara normal. Ini bukan budaya kita orang Malaysia,” ujarnya.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!