Sehingga ke hari ini, pelakon Ruhainies berterusan dikritik netizen walaupun kontroversinya bersama Aliff Aziz sudah lama berlalu.
Biarpun dikritik teruk, Ruhainies memilih untuk mendiamkan diri kerana mahu meneruskan kehidupannya dengan tentang dan tanpa menyimpan sebarang perasaan benci terhadap sesiapa.
Ruhainies atau nama sebenar, Nurul Ruhainies Farehah Zainul Rashid, juga enggan membaca komen-komen negatif di media sosial bagi mengelakkan kesihatan mentalnya terjejas.
Bagi Ruhainies, dia tidak suka bergaduh secara terbuka. Sebaliknya, dia mahu menunjukkan contoh-contoh yang baik dan hidup dalam keadaan gembira dan tentang.
“Saya tak suka bergaduh secara terbuka sebab saya nak tunjukkan contoh yang baik. Apa yang saya boleh katakan, saya tak sempat nak membenci sesiapa. Saya sayang dan maafkan semua orang. Saya nak jadi gembira dan hidup dalam keadaan tenang,” katanya.
Ruhainies yang telah berada dalam industri hiburan sejak 10 tahun lalu mengakui, dia tidak membenci sesiapa dan lebih suka memaafkan semua orang. Malah dia tidak pernah terlibat dengan mana-mana kontroversi yang boleh menjejaskan imejnya.
“Ini kali pertama (terpalit dengan kontroversi). Manusia membuat kesilapan dan tiada sesiapa yang sempurna.
“Saya harap semua dapat memaafkan dan apa yang saya boleh kata, saya akan bina semula nama saya secara perlahan-lahan dan memperbetulkan keadaan.
Sumber: Gempak