'Saya harap pihak sana lepaskan saya dengan cara baik supaya saya boleh move on' - Puteri Sarah | The Reporter

‘Saya harap pihak sana lepaskan saya dengan cara baik supaya saya boleh move on’ – Puteri Sarah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelakon Puteri Sarah berharap dia akan dilepaskan secara baik oleh suaminya, Syamsyul Yusof dalam tuntutan permohonan cerainya yang akan dibicarakan pada 7 Mac ini, lapor Gempak.com. 

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, dia amat berharap perkara itu berlaku agar boleh meneruskan kehidupan masing-masing. 

“Anniversary saya 8 Mac tapi dah tak rasa apa-apa. Untuk sebutan kes di mahkamah, saya mengharapkan saya dilepaskan supaya saya boleh move on. 

“Serius saya katakan, pada 7 Mac ini saya ingin dilepaskan dengan cara baik, selesai dengan cara yang elok dan boleh hidup dengan haluan masing-masing dan sambung kerja. 

“Kalau boleh, saya nak 100% ingin dilepaskan. Saya harap pihak sana cepat-cepat lepaskan saya. Saya sudah tidak mahu hidup lama sangat macam ni,” katanya. 

Ditanya mengapa dia begitu nekad dengan keputusannya, Puteri Sarah menjelaskan dia sebelum ini ada meminta petunjuk daripada Allah dengan melakukan solat istikharah. 

Keputusan yang dibuatnya itu juga telah dimaklumkan kepada pihak keluarga mertua dan reaksi mereka sudah tentulah kelihatan agak berat untuk menerimanya. 

“Walaupun agak berat untuk mereka terima, tetapi saya beritahu insyaAllah ia tidak akan menjejaskan hubungan kami. Saya masih akan datang melawat mereka di rumah,” katanya. 

Kes permohonan cerai di antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof akan berlangsung di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 7 Mac ini. 

Rumah tangga pasangan itu mula retak sejak empat tahun lalu dan Syamsul tidak pernah memberi sebarang kenyataan mengenai perkara itu sehingganya pada Januari lalu, Syamsul secara terbuka mengakui telah bernikah dengan Ira Kazar. 

Sumber: Gempak

Leave a Reply
Related Posts