Sebuah permainan dalam talian yang popular di kalangan kanak-kanak, Roblox, telah menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu bapa kerana platform itu membolehkan kanak-kanak mensimulasikan tindakan seksual dengan bot atau watak lain dalam permainan tersebut.
Seorang wanita telah mengambil langkah drastik dengan mengharamkan aplikasi itu daripada anaknya dan menyarankan ibu bapa lain turut mengambil langkah yang sama.
Untuk pengetahuan umum, Roblox bukan sekadar permainan, tetapi ia adalah platform terbuka untuk membina permainan. Ini bermakna sesiapa sahaja boleh membina permainan mengikut imaginasi mereka.
Tidak semua permainan dalam Roblox adalah berbahaya. Namun begitu, terdapat banyak permainan yang tidak sesuai dan membawa mudarat yang mungkin tidak diketahui oleh kita semua.
Anak-anak kita mungkin mengetahui tentang perkara ini. Adalah penting bagi ibu bapa untuk memantau permainan yang disukai oleh anak-anak.
Perhatikan permainan yang disiarkan oleh streamer yang disukai oleh anak anda. Jangan sesekali leka jika tidak mahu menyesal di kemudian hari.
Sumber: Facebook Daynuh Lewis, Mohd Fhais Salim