'Saya hanya orang biasa, saya bagi mana yang mampu saja' - Aisar Khaled mohon maaf, nafi dakwaan menipu - The Reporter

‘Saya hanya orang biasa, saya bagi mana yang mampu saja’ – Aisar Khaled mohon maaf, nafi dakwaan menipu

Pelakon, trader dan pempengaruh Aisar Khaled, 23, menafikan dakwaan yang mengatakan dia menipu dengan memberikan harapan kepada para pengikutnya di media sosial.

Pempengaruh yang mempunyai 5.3 juta pengikut di TikTok itu berkata, dia hanya sekadar berkongsi rezeki mengikut kemampuannya sahaja.

“Memang kebanyakan video atau live saya akan suruh orang komen nak ke, atau komen negeri ke, nama ke, tak kisahlah dan saya akan berkongsi rezeki.

“Tetapi awak kena ingat, saya hanyalah orang biasa. Saya bagi yang mana saya mampu sahaja.

“Saya nak minta maaf kalau saya sebelum ini ada terbagi harapan,” katanya dalam video yang dimuat naik semalam di TikTok.

@aisarkhaledd

Andai Kata Saya Pernah Bagi Harapan ? Saya Mohon Maaf Saya Perbaiki Mana Yang Silap , Negeri Seterusnya ? Comment “SAYA NAK” #kongsirezeki #aisarkhaledd #epyepe #follower #masukberandafyp #live #sedekah #challenge #foryou

♬ son original – RSsd.esm

Menurut Aisar, sudah tiga tahun dia membuat konten sedemikian dan tidak pernah timbul sebarang masalah. Namun, mungkin disebabkan ada beberapa isu lain yang timbul di luar pengetahuannya.

“Kalau saya ada terlepas pandang sebelum ini, mungkin ada yang dapat RM50 ke, RM100 ke, saya ingin menyusun 10 jari, saya betul-betul nak minta maaf. Saya akan cuba perbaiki (diri) untuk jadi yang lebih baik,” katanya.

Sebelum ini, Aisar didakwa memungkiri kata-katanya yang mahu ‘melepaskan’ kereta Mercedes Benz miliknya kepada pengikutnya yang bertuah. Malah, turut berjanji untuk belanja 500 keping roti canai untuk orang ramai di Terengganu.

Bagaimanapun, Aisar tampil menafikan dakwaan itu dan menunaikan janjinya dengan membelanja 2,000 keping roti canai.

Sumber: TikTok

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!