‘Saya drive slow tetibe ombak datang’ - Kereta pelancong Pakistan terperangkap di Pantai PD - The Reporter

‘Saya drive slow tetibe ombak datang’ – Kereta pelancong Pakistan terperangkap di Pantai PD

Kereta terperangkap di pantai Port Dickson

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang pelancong dari Pakistan dilaporkan terkandas di pantai Port Dickson apabila keretanya terperangkap dalam pasir.

Pelancong tersebut dilihat tenang duduk di tepi sambil memerhati kenderaannya yang dipukul ombak.

Seorang pengguna TikTok, @alexey.brock, telah memuat naik video yang menunjukkan kereta itu terperangkap di pantai dan dipukul ombak berulang kali.

Dalam video tersebut, Brock turut menemubual seorang lelaki yang dipercayai pemandu kereta itu.

@alexey.brock

🇲🇾😅Stuck in Port Dickson.. Came back to the same place at night, the car was gone. Towed or into the unknown – we shall not know🌊

♬ original sound – Alexey.brock – Alexey.brock

Lelaki itu memberitahu bahawa keretanya berdaftar di Singapura. Ketika dia memandu perlahan di pantai, air laut masih jauh. Tetapi secara tiba-tiba ombak datang dan membuatkan pasir di sekitar kereta menjadi lembut.

“Tiba-tiba, ombak besar datang dan kereta saya terbenam. Kereta tidak dapat bergerak kerana pasir di sekelilingnya tenggelam,” katanya.

Video itu menerima pelbagai komen daripada netizen. Ada yang berpendapat, adalah berisiko untuk memandu di pantai, sementara ada yang bergurau mengatakan pantai bukanlah padang pasir.

Difahamkan, kenderaan tersebut telah berjaya dialihkan dari pantai.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!