Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
GURUN – Seorang lelaki mendakwa dia telah dikenakan bayaran tambahan oleh pihak Lebuhraya PLUS kerana berada di hentian Rawat dan Rehat (RnR) terlalu lama.
21 Januari 2005, difahamkan PLUS pernah mengeluarkan kenyataan akhbar di mana pihaknya akan mengambil tindakan denda terhadap pengguna yang menggunakan lebuhraya mereka bagi tempoh yang terlalu lama dan tidak munasabah. Tindakan itu diambil bertujuan membendung kegiatan penyelewangan tol di kalangan pelanggan dan menjamin integriti kutipan tol demi menjaga kepentingan syarikat.
Bagaimanapun, pada 16 Mac 2005, Menteri Kerja Raya pada ketika itu, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, PLUS dilarang melaksanakan denda tersebut sehingga pindaan undang-undang berkaitan dilakukan, lapor Utusan Malaysia. – The Reporter









