Bekas juara rancangan realiti Gegar Vaganza musim ke-7, Cliff Umar kini memilih kerjaya sebagai penghantar makanan (Gojek).
Menerusi hantaran di Instagram, Cliff Umar bersyukur dengan apa yang berlaku.
“Tidak kisah apa yang berlaku dalam hidup saya, sama ada menggegar pentas persembahan atau sebagai penunggang Gojek.
“Saya bersyukur pada Tuhan kerana memberkati dengan setiap kehidupan yang saya jalani, ia sudah tertulis. Saya kehilangan agama dan cinta hati saya, Anita, yang membuatkan jiwa saya berkecai menjadi serpihan kecil.
“Tak kira berapa kali jatuh, saya akan sentiasa bangkit walau diuji, jadi lebih kuat dan lebih baik,” katanya.
Katanya lagi, kehidupan yang dilalui sekarang sangat membahagiakan hatinya.
Terdahulu, Cliff Umar diumumkan sebagai juara rancangan realiti Gegar Gavanza dengan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000 pada tahun 2020