Sambal Nyet terjual sebanyak 2.4 juta botol bersamaan RM33.5 juta! Netizen kagum dengan pencapaian Khairul Aming yang dianggap usahawan berilmu - The Reporter

Sambal Nyet terjual sebanyak 2.4 juta botol bersamaan RM33.5 juta! Netizen kagum dengan pencapaian Khairul Aming yang dianggap usahawan berilmu

Khairul Aming

Pempengaruh dan juga usahawan Khairul Aming baru sahaja mengumumkan beberapa jam yang lalu mengenai jualan produk Sambal Nyet yang sudah mencecah 2.4 juta botol bersamaan dengan RM33.5 juta.

Kejayaan beliau itu dikongsikan melalui hantaran di media sosial.

“Jualan Sambal Nyet dah mencecah 2.4 juta botol iaitu bersamaan dengan jualan sebanyak RM33.5 juta. Sekarang production dah dinaikkan ke 7,000 botol sehari dan jualan juga dikembangkan ke live commerce.

“Jadi sepanjang 2 tahun 8 bulan ni bisnes kita semakin berkembang,” katanya.

Menerusi hantaran itu juga, beliau berkongsikan perkembangan terbaru mengenai perniagaannya.

“Kedua-dua kilang Sambal Nyet dah beroperasi sepenuhnya, kita masih teruskan lagi renovation untuk kita bawak lagi banyak mesin masuk ke dalam kilang sebab kita dah bersedia untuk masuk ke fasa ketiga iaitu automation.

“Jadi automation ni digunakan untuk menaikkan production Sambal Nyet ke 7,000 botol sehari,” katanya.

@khairulaming

Jualan Sambal Nyet dah mencecah 2.4 juta botol iaitu bersamaan dgn jualan sebanyak Rm 33.5 juta ringgit. Sekarang production dah dinaikkan ke 7,000 botol sehari dan jualan juga dikembangkan ke live commerce. Terima kasih kepada anda semua yang support kita dari 3 tahun yang lepas 🥺🙏🏻 #makanlokal #foodfestontiktok #TikTokShop99ShoppingFiesta

♬ Dream Away – Ramol

Penambahbaikan dan jualan

Beberapa penambahbaikan juga dikongsikan bagi memastikan kualiti Sambal Nyet mencapai tahap yang memuaskan.

“Buat masa sekarang jualan kita adalah sebanyak RM7,000 sehari dan kita on track untuk naikkan ke RM100,000 sehari.

“Kita sudah kembangkan bisnes ke TikTok shop dan jualan kat sana dah mencecah RM5,000,000. Dan yang menariknya 76% daripada jualan tersebut datang daripada live commerce,” jelasnya.

Beliau juga mengambil kesempatan menyampaikan penghargaan kepada pembeli yang sentiasa menyokong produk dan perniagaannya.

Rata-rata netizen memuji cara Khairul Aming dalam menguruskan bisnes. Netizen berpendapat setiap patah bicara yang disampaikannya ada ilmu yang disampaikan dan tidak hairanlah beliau menempa kejayaan demi kejayaan.

Sumber: Khairul Aming

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!