Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Mangsa banjir ketika ini sudah mencatatkan peningkatan.
Negeri Kelantan direkodkan sebagai negeri tertinggi jumlah mangsa banjir dengan seramai 82,447 orang membabitkan 25,459 keluarga di 279 PPS sekitar 10 jajahan.
Beberapa video yang dikongsikan oleh mangsa banjir di media sosial mengundang simpati ramai.
Satu video tular merakamkan sebuah rumah di negeri Kelantan roboh kerana dan musnah gara-gara bencana banjir yang berlaku.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai apabila pemilik rumah seolah tenang dan reda menghadapi musibah.
“Allahuakbar, rumah telah roboh. Pemiliknya tetap berzikir dan reda atas apa yang terjadi,” tulis Azroy Hisham di TikToknya.
Tiada riak sedih dan sugul di wajahnya namun cukup tenang melihat keadaan yang berlaku dan tangannya tidak putus berzikir dengan tasbih.
Rata-rata kagum dengan ketabahan pemilik rumah berkenaan dan menyifatkan beliau merupakan individu yang terpilih menerima ujian besar dari Allah.