Rozita Che Wan dah bayar RM550K, Mara tangguh ambil tindakan | The Reporter

Rozita Che Wan dah bayar RM550K, Mara tangguh ambil tindakan

Rozita Che Wan bayar RM550K

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelakon terkenal, Rozita Che Wan mengesahkan telah melunaskan pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) bernilai hampir RM1 juta yang mencetuskan kontroversi sebelum ini.

Perkara tersebut dinyatakan menerusi tangkap layar perbualan aplikasi WhatsApp antara Rozita dan anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana, 10. Dalam perbualan itu, Aaisyah bertanya sama ada hutang tersebut telah dijelaskan, yang mana Rozita menjawab:

“Dah, kenapa sayang?”

Aaisyah juga meluahkan rasa sedih melihat ibunya menjadi bahan kecaman masyarakat dan berkata, “Tak, Aaisyah sedih ramai orang mengata mummy. I love you, mummy.”

Menurut Rozita, persoalan tersebut timbul akibat kerisauan Aaisyah terhadap dirinya, dan beliau menyifatkan anaknya kini sudah pandai mengambil berat soal keluarga.

MARA tangguh tindakan

Sementara itu, Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa tindakan penghakiman terhadap Rozita telah ditangguhkan selepas Mara menerima bayaran tertunggak sebanyak RM550,000 setakat Jumaat lalu.

“Baki hutang tertunggak perlu dijelaskan sepenuhnya sebelum penghujung Mac. Mara tidak akan berkompromi dalam usaha mendapatkan kembali setiap sen wang rakyat yang diamanahkan agar dapat dimanfaatkan oleh mereka yang memerlukan,” katanya.

10 Disember lalu, kediaman Rozita di Kota Damansara diserbu pegawai Mara akibat kegagalan melunaskan pinjaman hampir RM1 juta sejak 2017, menyebabkan lelongan awam 34 barangan miliknya bernilai RM902,012.46 dirancang pada 24 Disember, namun ditangguhkan atas permohonannya.

Rozita sebelum ini pernah membayar RM50,000 dan baru-baru ini membuat bayaran tambahan di pejabat Mara, namun jumlah terkini tidak didedahkan.

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro

Related Posts