‘Rosak minda anak aku’ – Ibu terkejut, baju dibeli untuk anaknya punyai corak tak senonoh

Seorang wanita meluahkan rasa terkejut apabila mendapati pakaian yang dibeli untuk anaknya mempunyai corak yang tidak senonoh.

Menurut Anis Syahirah, pada awalnya dia menyangka corak pada baju tersebut adalah corak daun berjalar. Namun, perkara itu hanya disedari selepas dimaklumkan oleh anaknya.

“Macam manalah kedai pakaian boleh jual corak ni. Saya beli di Kuala Lumpur, pemborong pyjamas. Anak balik, pakai. Dia sendiri perasan, ‘Gambar tak baiklah mama”.

“Saya ingat corak daun berjalar masa di kedai. Ya Allah, bila tenung-tenung, terkejut. Rosak minda anakku. Nasib ada sehelai lagi belum dipakai, nak bawa report nanti ke bos kedai di Kuala Lumpur.

“Tolonglah jangan biar berleluasa. Bayangkan ni pyjamas dari umur 1 hingga 12 tahun. Apakah niat pengilang nak merosakkan minda kecil anak-anak.

“Serius masa beli di kedai, memang tak perasan sebab bli lebih 30 helai. So mix je corak. Lagi bila kita di kedai, rambang mata,” katanya.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, corak pada baju tersebut menunjukkan bentuk badan wanita dalam pelbagai posisi sehingga menampakkan bentuk badan yang tidak sepatutnya.

Total
0
Shares
Related Posts