'RM2,700? Kenapa harga lesen kenderaan (auto) semakin mahal?' - Ubai terkejut - The Reporter

‘RM2,700? Kenapa harga lesen kenderaan (auto) semakin mahal?’ – Ubai terkejut

Pempengaruh media sosial, Ubai, yang juga suami kepada penyanyi Shila Amzah, meluahkan rasa terkejutnya dengan kenaikan harga lesen memandu yang drastik.

Ubai menyedari kenaikan harga ini ketika menghantar adiknya untuk mendaftar di sebuah akademi memandu baru-baru ini.

“Tadi bawa adik pergi daftar sekolah memandu. Harga lesen auto RM2,700 fuh. Kenapa harga lesen kenderaan ni semakin lama makin mahal ya?

“Masih tidak faham kenapa mahal. Buku belajar memandu pun bagi dalam PDF. Tapi nak buat amcam mana, aku pun dah bayar depo RM900. Redha je ler,” katanya.

Dalam hantaran tersebut, Ubai turut melampirkan gambar iklan mendapatkan lesen memandu dari sebuah akademi yang tidak dinyatakan. Dalam iklan itu, terdapat dua pakej iaitu Silver package dan Gold Package masing-masing berharga RM2,700 dan RM3,132.

Netizen juga turut mengakui bahawa harga yang dikenakan adalah mahal.

“Mahalnya oi. Kau datang ke Setapak ni, harga manual baru RM1,285. Kalau auto, tambah RM100. Masih di bawah RM1,500,” kata netizen.

Seorang lagi netizen menambah, “Makin mengarut harganya. Aku ambil lesen tahun 2000, baru RM600. Sekarang RM2,700 dah macam sebulan gaji dan pengalaman 4/6 tahun. Tak adil untuk generasi sekarang. Sudahlah pengangkutan awam pun kelaut. Nak ambil lesen memandu pun dah mahal. Beli kereta pun, nanti kena berhutang lagi. Unfair!”

Kenaikan harga ini menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat mengenai kenaikan kos sara hidup dan bebanan kewangan yang semakin meningkat. Ini adalah isu yang perlu ditangani oleh pihak berkuasa untuk memastikan kesejahteraan rakyat tidak terjejas.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!