'RM10 kuah cair macam sup, rasa pun tak ada' - Wanita kecewa, peniaga di Padang Kota jual laksa tak setanding harga - The Reporter

‘RM10 kuah cair macam sup, rasa pun tak ada’ – Wanita kecewa, peniaga di Padang Kota jual laksa tak setanding harga

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Laksa merupakan salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Laksa penang atau laksa utara seringkali menjadi pilihan pelancong apabila berkunjung ke negeri di sebelah utara.

Kombinasi antara ikan segar, ulaman seperti daun kantan dan daun kesum serta beberapa lagi campuran bahan lain menjadikan laksa penang begitu enak untuk dinikmati.

Menerusi satu hantaran di TikTok, wanita ini meluahkan rasa kecewa dengan peniaga di sebuah gerai laksa di Padang Kota yang menjual laksa tidak setanding dengan harga.

https://www.tiktok.com/@cheffieza88/video/7334652034789952786?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7323881119455266305

Dia mendakwa harga laksa yang dijual dengan harga RM10 itu bukan seperti yang diharapkan sebaliknya kuah tersebut dilihat seperti sup.

“Laksa paling sedih aku makan, 0/0. Dahlah lapar, dari pagi tak makan lagi. Aku nak makan laksa bukan bihun sup laksa. Warna macam kuah sup.

“Kalau mahal, sedap tak apa. Kuah jernih. Selama aku hidup ni tak pernah lagi aku buat kuah laksa cair macam ni. Dahlah cair, rasa apa pun tak ada,” katanya.

Situasi yang dialami oleh wanita ini seringkali juga menimpa pembeli yang lain. Kebanyakan pembeli juga meluahkan rasa kecewa apabila membeli barangan atau makanan di sesuatu program festival makanan.

Ada yang menggunakan nama pempengaruh atau selebriti untuk melariskan jualan walaupun rasa dan kualiti tidak setanding dengan harga.

Sumber: Cheffieza

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!