Rita Rudaini terima Anugerah Ibu Ikon | The Reporter

Rita Rudaini terima Anugerah Ibu Ikon

Sumber Gambar: Instagram Rita Rudaini

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Selebriti terkenal, Rita Rudaini telah dipilih sebagai penerima Anugerah Ibu Ikon sempena majlis Anugerah Wanita Ikon 2024/2025.

Dalam hantaran di Instagram, Rita berharap anugerah yang diterima memberikan inspirasi buat Wanita di luar sana.

“Saya akan terus memberi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana,” tulisnya.

Dalam hantaran berlainan, Rita turut meniupkan kata-kata semangat buat wanita agar terus kuat dalam menempuh setiap ujian dan menjaga amanah (anak) dengan sebaiknya.

“Tidak mudah walaupun ada di antara kita berlainan latar belakang, tapi ujian dan rasa itu tetap sama. Percayalah,di setiap semua itu bukan lah ‘kesusahan’ tapi itulah ujian untuk yang terpilih.

“Dan percayalah di sebalik ujian itu ada ‘hadiah’ manis yang Allah berikan iaitu ‘anak’. Jaga dan sayangilah serta didiklah mereka kerana Allah,” katanya.

Terdahulu, Rita pernah berkongsikan mengenai kejayaan cemerlang anak sulungnya Rayyan yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Selain akademik, Rayyan juga aktif dalam bersukan.

Related Posts