Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Jumaat baru-baru ini merupakan hari terakhir persekolah bagi Kumpulan A manakala bagi Kumpulan B sudah berakhir pada Khamis.
Sudah pastinya setiap kelas di sesebuah sekolah akan meraikan hari-hari terakhir sekolah dengan mengadakan jamuan. Rata-rata ibu bapa pastinya pening memikirkan makanan apa yang perlu dibawa ke jamuan tersebut.
Bagaimanapun perkongsian dan luahan wanita ini membuatkan netizen berasa sebak.
Kongsi wanita ini, dia tidak berkemampuan untuk membawa makanan ke jamuan sekolah tetapi anak perempuannya mahu bawakan juadah makanan kerana risaukan rakan-rakan yang lain memerli selain melihat senarai menu juadah yang ditulis di dalam group WhatsApp kelas.
Apa yang menyentuh hati, anaknya dikatakan menjual rantai kunci di TikTok untuk membeli bahan untuk dibawa ke jamuan sekolah.
“Saya tak tahu dia menjual keychain di gooka di TikTok dan kumpulkan duit tu untuk beli barang-barang untuk jamuan kelas.
“Maafkan kami kalau apa yang kami buat ni tak sedap dan kurang,” katanya.
Wanita ini turut meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada anaknya kerana memahami keadaan ibu bapanya.
“Bila kita tak ada duit, tak ada makanan, mama dengan papa akan redah bakau, sungai untuk cari makanan buat kita sekeluarga.
“Bila sekolah buat apa-apa, kakak pulak berusaha buat macam-macam. Terima kasih kerana saling memahami,” katanya.
Rata-rata netizen sebak dengan usaha yang dibuat dan memuji semangat berdikari kanak-kanak perempuan ini yang tidak membebankan ibu bapanya.