Remaja tampil buat laporan polis, dakwa dirogol Sarjan di dalam kereta - The Reporter

Remaja tampil buat laporan polis, dakwa dirogol Sarjan di dalam kereta

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Seorang pegawai rendah polis berpangkat sarjan kini sedang disiasat atas dakwaan merogol seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di dalam kereta.

Menurut laporan Berita Harian, kejadian itu didakwa berlaku sebanyak dua kali di hadapan balai polis dan di kawasan parkir pasar raya dalam daerah Perak Tengah pada September dan Oktober 2023.

Perbuatan suspek berusia 42 tahun itu terbongkar selepas mangsa memberitahu ibunya.

Polis telah memanggil mangsa dan ahli keluarganya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah untuk dirakam keterangan.

Identiti suspek juga telah dikenal pasti berdasarkan nombor telefon yang terpapar dalam telefon bimbit mangsa. Ekoran itu, dua telefon bimbit milik mangsa dan suspek dirampas untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan kes ini pada 20 Januari lalu.

Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat setakat ini dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Polis kini sedabg menunggu laporan kesihatan daripada pihak hospital.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!