Remaja perempuan diumpan keluar makan bersama sebelum diperkosa rakan, di tangga kecemasan pangsapuri Sungai Besi - The Reporter

Remaja perempuan diumpan keluar makan bersama sebelum diperkosa rakan, di tangga kecemasan pangsapuri Sungai Besi

Gambar hiasan | Freepik

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang remaja perempuann berusia 14 tahun mendakwa dia telah diperkosa oleh rakan lelaki di kawasan tangga pintu kecemasan di sebuah pangsapuri di Sungai Besi.

Lapor Harian Metro, kejadian itu berlaku pada jam 9.10 malam, 18 September lalu.

Menurut sumber, pada awalnya manngsa dijemput oleh suspek berusia 18 tahun untuk keluar melepak dan makan bersama di Desa Tasik.

Selesai berbuat demikian, mangsa kemudian dibawa pangsapuri itu dan dibawa naik ke atas.

Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, mangsa cuba melarikan diri. Tetapi gagal berbuat demikian kerana suspek bertindak mengunci pintu kecemasan.

Suspek kemudian memperkosa mangsa sebelum dihantar pulang dan diberi amaran agar tidak menceritakan tentang kejadian itu kepada sesiapa.

Bagaimanapun, mangsa yang trauma nekad memaklumkan kejadian itu kepada rakannya yang kemudian terus menghubungi keluarga mangsa.

Susulan itu, mangsa dibawa ke balai polis untuk membuat laporan pada 21 September lalu, untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kannak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada mangsa.

Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!