Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun rebah sebelum meninggal dunia sebelum menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC dengan Johor Darul Takzim (JDT), di Stadium Darul Aman, Kedah malam tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.
Katanya, remaja lelaki tersebut rebah semasa berada di tempat duduk penonton di stadium berkenaan
“Remaja terbabit datang ke stadium berkenaan bersama adiknya untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara KDA FC dan JDT itu dikatakan rebah dan tidak sedarkan diri sewaktu berada di tempat duduk penonton sebelum perlawanan bermula.
“Orang ramai yang melihat kejadian itu kemudian segera menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang bertugas di stadium untuk membawa remaja berkenaan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan.
“Sewaktu tiba di Zon Kecemasan HSB, pegawai perubatan kemudian mengesahkan remaja itu sudah pun meninggal dunia,” katanya.
Hasil semakan dan makluman daripada waris memaklumkan remaja berkenaan merupakan pengidap sakit jantung sejak kecil.
Dalam pada itu, pihak perubatan HSB mengesahkan kematian sebagai “Complex Cyanotic Heart Disease” iaitu berkait sakit jantung yang dihidapi.
Sumber: Berita Harian