Remaja lelaki dipenjara 8 tahun, 3 sebatan kerana merogol gadis 14 tahun - The Reporter

Remaja lelaki dipenjara 8 tahun, 3 sebatan kerana merogol gadis 14 tahun

Foto hiasan sahaja | Kredit foto: Freepix

Pada 6 September lalu, seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun dan tiga sebatan atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur dalam kejadian empat tahun lalu.

Tertuduh yang ketika itu berusia 16 tahun didakwa merogol seorang gadis berusia 14 tahun di Taman Admiralty, Singapura.

Lapor portal Mothership, tertuduh yang kini berusia 20 tahun telah melakukan pelbagai kesalahan mencuri sejak berusia 13 tahun. Antara barangan yang dicuri termasuk basikal, skuter elektrik dan bateri. Namun, dia dibebaskan dengan jaminan. Malangnya, tertuduh tidak pernah serik dan kembali mengulangi kesalahan yang sama.

27 Jun 2020, tertuduh telah melakukan serangan seksual bermaksud rogol terhadap mangsa. Perbuatannya terbongkar pada Februari 2021, semasa dia sedang menjalani latihan pemulihan pertamanya atas kesalahan mencuri pada Oktober 2020.

Berdasarkan fakta kes, mangsa terdahulu keluar bersama teman lelaki berusia tujuh tahun lebih tua daripadanya untuk minum arak di Taman Admiralty, sambil membuat siaran langsung di media sosial.

Tertuduh menonton sesi siaran langsung itu dan meminta kebenaran untuk menyertai pasangan tersebut kerana dia sedang tertekan selepas bertengkar dengan rakan baiknya.

Tanpa mengesyaki apa-apa, pasangan berkenaan terus bersetuju dan meminta dia datang ke taman tersebut.

Mangsa mengalami muntah dan memaklumkan dia perlu pergi ke tandas. Semasa mangsa berada di tandas awam, dua lelaki terbabit datang mencari mangsa. Tertuduh secara tiba-tiba menutup muka mangsa dengan jaket, sementara teman lelaki menahan badan mangsa untuk dirogol oleh tertuduh.

Mahkamah dimaklumkan, teman lelaki mangsa bertindak mempengaruhi tertuduh untuk melakukan perbuatan terkutuk itu. Selepas kejadian tersebut, dia menyalahkan mangsa kerana melakukan hubungan seks dengan tertuduh. Mangsa kecewa dengan tuduhan tidak berasas itu, lalu memutuskan perhubungan mereka.

Ibu mangsa kemudian tampil membuat laporan dan bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan kedua-dua suspek untuk membantu siasatan.

Di akhir perbicaraan, mahkamah memerintah hukuman latihan pemulihan yang dijalani oleh tertuduh sebelum ini dibatalkan dan ditukar kepada hukuman penjara dan sebatan.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!