Remaja lelaki dilaporkan hilang ketika cari lembu ditemui selepas 31 jam | The Reporter

Remaja lelaki dilaporkan hilang ketika cari lembu ditemui selepas 31 jam

Muhamad Aidil ditemui dalam keadaan lemah selepas hilang lebih 31 jam di Kampung Permatang Pasir, Alai, Melaka
Muhamad Aidil atau Gemuk ditemui pada jam 1.57 pagi dalam keadaan lemah. Gambar: TikTok KandaZakiyy

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang lebih 31 jam selepas keluar mencari lembu milik bapa saudaranya akhirnya ditemui selamat di Kampung Permatang Pasir, Alai, awal pagi tadi.

Muhamad Aidil Asyraf Fadli, 15, atau lebih dikenali sebagai Gemuk, ditemui pada pukul 1.57 pagi oleh penduduk kampung bersama pasukan bomba selepas terdengar suara dari arah semak di belakang sebuah rumah penduduk.

Memetik Kosmo, ketika ditemui, mangsa berada dalam keadaan lemah dan terpaksa dipapah oleh anggota bomba sebelum dibawa ke rumah salah seorang penduduk untuk berehat sementara menunggu tindakan lanjut pihak berkuasa.

https://www.tiktok.com/@kandazakiyy/video/7512533299672190215?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7449188224558499329

Sebelum ini, kehilangan Aidil tular di media sosial selepas dia tidak pulang ke rumah selepas menjalankan rutin hariannya menjaga 13 ekor lembu milik bapa saudaranya. Kebiasaannya, Aidil akan menjaga haiwan ternakan itu dari jam 7 malam hingga 7.30 malam.

Namun, pada hari kejadian, mangsa tidak pulang selepas jam 8 malam menyebabkan ahli keluarga bertindak keluar mencarinya termasuk ke lokasi ternakan lembu berkenaan.

Dalam usaha pencarian, mereka menemukan lembu yang hilang di kawasan kolam terbiar berhampiran hutan, namun Aidil masih gagal dikesan.

Menurut laporan Sinar Harian, pasukan penyelamat turut menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) serta bot dalam usaha mengesan remaja istimewa itu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, operasi pencarian melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), serta penduduk kampung.

Related Posts